Senarai Blog Saya

  • MEATBALL - MEATBALL. Having a good with family.best sangat bila dah lama tak jumpa .rindu tuu terbalas. He he. Time no first time mama makan meatball ni. Ab...

Rabu, 10 September 2014

sijil pemprosesan dan kawalan mutu makanan

haii..
saya budak yang belajar dalam kos pemprosesan dan kawalan mutu makanan...
mungkin korg x penah dgr atau jarang la nak dengar...
saya belajar di Kolej Komuniti Arau Perlis(KKA) 
kos nih amik masa dalam dua tahun...

skop pembelajaran dy x la susah mana pon....
janji dtg kelas tugasan siap semua ok....
note pensyarah kc jagan x study...

kmy dibahagikan kpd dua group..
sbab kekangan tempat..
nih kitorg last day of study...
makanan tu semua kmy yg buat nih la ilmu yg kmy dpt disini....

Khamis, 9 Januari 2014

nak buat duit cara mudah tekan link kat bawah ni.

http://www.theweeklypay.com/index.php?share=265457

tangan ku??

Yang dah tahu tu...Alhamdulillah. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. The Truth Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari; 1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari; 1] jari tengah 2] jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala. Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut: لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن) Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan." Salam Ukhuwah..~

doakan ibu bapa kita

assalamualaikum hamba allah,marillah kita doa kan untuk ibubapak kita ye
Ya Allah...
Haramkanlah wajah ibu ku dan
ayah ku dari di sambar api
neraka...

Karuniakan buat mereka Syurga
tanpa hisab..

Rabbanaa aatina fiddun-yaa
hasanah, wafil aakhirati
hasanataw waqinaa
'adzaabannaar..subahanaallah...

Assalamualaikum, Baca Al-Quran (Terjemahan) - Sedikit Demi Sedikit (2. Al-Baqarah: 223-232)



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
[223]
Isteri-isteri kamu adalah ibarat kebun kamu, oleh itu datangilah kebun kamu itu apabila kamu menghendaki dan sediakanlah untuk diri kamu. Dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.
[224]
Dan janganlah jadikan nama Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu berbuat baik dan bertaqwa, dan mendamaikan di antara manusia. Dan Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
[225]
Allah tidak mengira kamu salah mengenai sumpah kamu yang tidak dimaksudkan, tetapi Dia mengira kamu salah kerana sumpah yang disengajakan hati kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
[226]
Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
[227]
Dan jika mereka berazam hendak bercerai, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
[228]
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (berkahwin) selama tiga kali suci (haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan apa yang dijadikan Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak merujuk kembali isteri-isteri tersebut dalam masa idah mereka sekiranya si suami bertujuan berdamai. Dan bagi mereka (isteri-isteri) juga mempunyai hak yang sama seperti mana kewajipan yang ditanggung oleh mereka dengan cara yang sepatutnya. Dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjat atas orang-orang perempuan. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[229]
Talak (yang boleh dirujuk hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka melainkan jika keduanya takut tidak dapat menegakkan hukum Allah. Oleh itu sekiranya kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikannya (isteri) untuk menebus dirinya. Itulah hukum Allah maka janganlah kamu melanggarinya. Dan sesiapa yang melanggar hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
[230]
Sesudah itu, jika diceraikan pula (bagi kali ketiga) maka dia (isteri) tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami lain. Setelah itu jika dia (suami lain) menceraikannya, maka mereka berdua tidaklah berdosa untuk kembali, jika mereka berpendapat dapat menegakkan hukum Allah dan itulah hukum Allah, diterangkanNya kepada kaum yang mengetahui.
[231]
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kemudian mereka mendekati akhir tempoh idahnya maka bolehlah kamu rujuk mereka dengan cara yang baik atau melepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu rujuk mereka, kerana kamu hendak melakukan kezaliman. Dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu jadikan ayat-ayat Allah itu sebagai ejekan. Dan kenangkanlah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, dan juga apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab dan ilmu hikmat, untuk diberikanNya pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[232]
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri, kemudian tamat masa idah mereka, maka janganlah kamu (wali) menahan mereka daripada berkahwin lagi dengan (bakal) suami mereka, apabila mereka bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik. Demikianlah diberikan peringatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu malah lebih suci. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Rabu, 8 Januari 2014

to all women

~ Wanita yang hebat ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kepada pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. Teruslah menjadi insan terhebat yang dapat mengoncang dunia, menggengam bara walau di uji bertubi-tubi.

~ Fitrahnya, kita sebagai manusia tidak akan sepi dari cubaan. Semakin menjauh semakin ia mendekat. Segara bangkit sebelum ia membakar diri! ~Dipetik dari Buku Tika Bidadari Berbisik

cara hasilkan pizza

Sediakan bahan mengikut ramuan

Masukkan bahan kering kedalam mixer ( 5 minit kelajuan perlahan)

Masukkan bahan cecair (hingga menjadi separa doh pada kelajuan sederhana)

Masukkan bahan lelemak ( kelajuan maksimum hingga doh terhasil )

Periksa gluten dan permukaan doh (licin dan tidak pecah apabila direnggang)

Proof 60 minit (menggunakan kain lembab)
Keluarkan doh dan punching (keluakan angin dalam doh 5 minit)

Bahagikan doh dan leperkan mengunakkan rollng pin

Panaskan oven pada suhu 220C

Letakkan doh yang dileperkan di atas tray pizza dan blind bake(atas doh letakan kekacang yang di balut aluminium foil) doh di cucuk-cucuk dengan garfu (3 min)

Keluarkan dan lakukan topping(sapu sos sebagai basic dan hias mengikut cita rasa)

Bakar 15 minit(220C)
Keluarkan dan potong letakkan di dalam bekas


bagaimana nak buat pizza?

JUMLAH
NAMA BAHAN
500 gm
TEPUNG ROTI ( TEPUNG PROTEIN TINGGI)
10 gm
GARAM
30 gm
YIS KERING (INSTANT YEAST)
320 gm
AIR
50 gm
MINYAK ZAITUN
SECUKUPNYA
TEPUNG GANDUM ( DUSTING)
*TOPPING
SOS BLACK PAPER / SOS TOMATO / SOS CILI
SECUKUPNYA
DAGIN / AYAM

BAWANG

NENAS

CENDAWAN

KEJU

DAUN PASLI

SOSEJ

Fungsi bahan mentah dalam penghasilan roti dan pastry

Fungsi tepung

  •  Tepung protein tinggi mempunyai kandungan glutein yang tingi supaya ia dapat memerangkap banyak gas karbon dioksida yang dilepaskan semasa tindak balas yis.
  •  Di kenali sebagai tepung roti kerana kandunganna tinggi.
  •  Gluten di dalam tepung memberikan kenyalan pada roti apabila diuli.


Fungsi yis

  •      Secara ringkasnya, yis adalah sejenis kulat yang digunakan sebagai bahan penaik (leavening agent) dalam menghasilkan roti. Tanpa yis, roti yang dihasilkan akan kelihatan meleper dan keras. Ia juga digunakan untuk membuat minuman beralkohol. Yis membiak dengan cepat. Ia boleh menukarkan gula menjadi alkohol. Ia terlalu kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop
  •      Selain itu, yis juga dikenali sebagai ragi atau ibu roti (nama lama).
  •      Yis dikenali sebagai ibu roti dihasilkan daripada bakteria Saccharomyces cereviseae.

Fungsi garam
  •      Dalam pembuatan roti, garam adalah bahan utama untuk mengatur rasa. Garam akan membangkitkan rasa pada bahan-bahan yang lain dan membantu membangkitkan harum dan meningkatkan sifat-sifat roti. 
  •      Garam adalah suatu bahan pemadat (pembesar). Bila adunan tidak memakai garam maka adunan itu akan agak basah.
     Garam memperbaiki butiran dan susunan roti akibat kuatnya adunan, dan secara tidak langsung bererti membantu pembentukan warna, butiran dan susunan roti.
                   Fungsi air
 Hydrasi adalah fungsi utama dari air dalam pembuatan roti, Air meningkat protein membentuk gluten dan membentuk gluten dan mengikat kanji membentuk gelatin dengan adanya panas.
  Benfungsi sebagai pelarut dari bahan-bahan seperti: garam, gula, dll.
 Air merupakan bahan yang kedua terpenting selepas tepung. Air  yang digunakan adalah air sejuk untuk menstabilkan suhu adunan apabila pencampuran dilakukan menggunakan mixer.